Selasa, 27 Mei 2008

Sejarah dan Kegunaan Bunga Kekwa


Sejarah

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.

Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".

Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.

Kegunaan

Penggunaan sebagai hiasan

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.

Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Penggunaan untuk masak-memasak

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.

Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).

Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.

Visit our category :

- Flowers
- Gifts
- Hampers
- International Florists
- Roses
- Wine & Spirits

0 komentar:

 
Dukung Kampanye Stop Dreaming Start Action